Monday, August 16, 2010

Report untuk April & Mei as MPP...huhu....

Fungsi:

Exco Kebudayaan & Kesenian MPP Unisel bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan aktiviti seni dan budaya yang sihat dalam kalangan siswa-siswi di Unisel. Ini bagi menjayakan hasrat pihak atasan Unisel yang ingin menjadikan aktiviti seni dan budaya di Unisel berada di tahap nasional mahupun antarabangsa.


Kajian:
Exco mendapati terdapat banyak persatuan seni di Unisel yang membawa konsep seni yang hampir sama. Oleh itu, terdapat persaingan sihat sesama mereka dalam menonjolkan konsep dan bakat yang dimiliki. Hal ini baik dalam merealisasikan hasrat untuk memartabatkan seni dan budaya di Unisel ke tahap yang tertinggi.


Senarai persatuan seni di Unisel:

Persatuan Nada Bestari

Persatuan Kebudayaan & Kesenian UNISEL (PKKU)

Persatuan Seni, Warisan, Budaya & Sastera (SWAYASTRA)

UNISEL’s Chinese Cultural Association (UCCA)

Indian Cultural Language Society (ICLS)

International Students Society (ISS)


Tindakan:

  • Membantu Exco Kebajikan, Penginapan, Aduan berkaitan kes siswa yang mengalami masalah kesihatan di asrama Unisel pada 26 April 2010.
  • Mengadakan perbincangan dengan mantan MPP 2009/2010 saudari Che Nurulhayatul Saqdiah bt Che Roslan berkaitan aktiviti kebudayaan dan kesenian yang boleh dan sesuai dijalankan di Unisel pada 18 Mei 2010.
  • Mengadakan sedikit perbincangan ringkas bersama presiden Persatuan Nada Bestari berkenaan hasrat untuk mengadakan aktiviti yang boleh menyatukan semua persatuan seni.
  • Membuat proposal untuk Festival Kebudayaan & Kesenian Unisel 2010. Festival ini akan menggabungkan semua persatuan seni di Unisel dalam menjayakan sebuah program yang merangkumi beberapa aspek seni.