Monday, August 16, 2010

Report untuk Jun & Julai as MPP-Part 3

Menghadiri Malam Santai Puisi Nada Bestari

Majlis ini adalah anjuran Persatuan Nada Bestari dengan kerjasama HEP Unisel dan telah diadakan pada 27 Julai 2010 bertempat di Pusat Pelajar,Unisel. Antara pengisian majlis ini ialah persembahan kebudayaan serta pendeklamasian sajak dan puisi dari wakil persatuan serta sasterawan jemputan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Hj Zainal Abidin b Kidam, TNC HEP Unisel. Majlis bermula pada pukul 9 malam dan berakhir sekitar pukul 11 malam.

Menghadiri Majlis Perasmian Hari Landskap & Keceriaan Kolej Kediaman

Majlis ini adalah anjuran Majlis Residen Unisel dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Kediaman serta Jana Niaga Sdn.Bhd. Ia telah diadakan pada 31 Julai 2010 bertempat di Dewan Biru,PKP,Unisel. Saya bersama ahli majlis iaitu saudari Errekka Ellberra Laisin mengiringi YDP MPP Unisel Sesi 2010/2011 saudara Azim b Md Kassim menghadiri majlis tersebut.

Merekodkan data mengenai kelas untuk program TESL

Saya telah merekodkan data penting seperti nama dan nombor telefon wakil kelas serta jumlah siswa/i dalam sesebuah kelas program TESL untuk memudahkan sebarang urusan pada masa akan datang.

Menyediakan kertas kerja dan perlembagaan untuk penubuhan TESL Club.

Saya dan ahli majlis saudari Errekka Ellberra Laisin telah bekerjasama menyediakan kertas kerja dan perlembagaan untuk penubuhan TESL Club. Kertas kerja dan perlembagaan ini bakal dihantar kepada Penolong Pendaftar Unit Ko-Kurikulum HEP, Cik Ilani bt Abd Rahim dalam masa yang terdekat.