Tuesday, February 3, 2009

Hot, panas, lagi meletop!!!!

Bile tengok group unisel tadi...aku terkejut bace berita pasal kes belasah budak atas tuduhan mencuri kat unisel...jadi dibawah ini adalah feedback yang aku post kat group tu...

Assalamualaikum wbt...

Dengan nama Allah bahawasanya saya berada di tempat kejadian...Tak salah untuk kita berikhtiar sekiranya barang berharga milik kita seperti jam,wallet,hp,dan kasut dicurikan?
Tindakan mereka berjumpa bomoh mungkin kerana mereka sudah buntu dan hilang punca utk menyelesaikan masalah ini...

Bomoh yang dijumpai memberi pandangan yang 'suspek' bertubuh kecil,suke ketawa dan berkulit cerah...
Mereka bukan sengaja menuduh pelajar tersebut tetapi ade bukti yang kukuh kerana 'suspek' bukan lah orang asing bagi mereka...
Suspek selalu datang kerumah mereka untuk membeli top up atau minuman...
Bukan setakat minum tapi masuk kedalam dan berborak-borak...

Ramai yang sedia maklum geng2 kelantan di rumah tersebut (yang mane telah dihalau oleh Jana Niaga petang tadi) adalah peramah dan sangat mesra dengan budak2 unisel...Biasalah peniaga...
Tapi kelebihan ini digunakan oleh 'suspek' untuk mengambil kesempatan...

Tambahan pula kasut dan wallet y dicuri agak 'branded'
Ketika mereka menyoal siasat 'suspek' mengaku barang2 yang dicuri masih ade di dalam bilik nye di asrama...

Saya secara peribadi berpendapat tuduhan seperti dipukul dengan cota dan lampu suluh serta ditumbuk sehingga bibir berdarah adalah kedengaran tidak logik dan melampau kerana DEMI ALLAH saya melihat salah seorang daripada mereka (roomate orang y kene curi) sanggup memberikan secawan air serta sepinggan nasi goreng (yang mane sebenarnya itu adalah makan malam beliau) kerana terlalu kesian melihat suspek lemah setelah membuat tekan tubi...

Tindakan 'suspek' membuat laporan polis adalah wajar tetapi menokok tambah cerita yang tidak benar amatlah tidak matang dan menjengkelkan...
Saya membuat keterangan ini secara adil dan sebagai saksi sahaja serta tidak membela sesiapa kerana saya baru mengenali mereka semester ini...

Terpulanglah kepada anda untuk menilaikanya sendiri...
Sesungguhnya negara kita ade undang y telus dan adil...
Biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka...
Janganlah kita berprasangka y bukan-bukan...

Bersama-samalh kita menaikkan lagi name unisel dengan sesuatu kejayaan bukan berita2 sensasi sebegini...

Sekian...

Muka hadapan Harian Metro hari ini


Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my



BUKIT MERTAJAM: Angkara percaya tilikan bomoh, seorang pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) trauma akibat dibelasah dan ‘ditawan’ sekumpulan rakan senior selama tiga jam kerana dituduh mencuri dompet, jam tangan, telefon bimbit dan kasut mereka.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, mangsa, Isma Fahmi Khosim, 19, yang baru sebulan mendaftar masuk ke universiti itu, berjalan seorang diri menuju asrama universiti berkenaan.Dia kemudian dipanggil dua pelajar senior dan ditarik masuk ke bilik sebelum ditumbuk dan ditendang.“Saya tidak tahu kenapa dipukul.Selepas membelasah saya termasuk ditumbuk pada bibir hingga berdarah, baru mereka tuduh saya mencuri barangan milik mereka“Saya menafikan tuduhan itu. Namun, saya diugut akan terus dipukul jika enggan mengaku mencuri,” katanya.

Menurut Isma Fahmi, dua pelajar terbabit memukulnya di kepala dan bahu dengan cota serta lampu suluh panjang menyebabkan dia menjerit kesakitan.“Mereka menuduh saya mencuri semata-mata kerana percayakan bomoh kononnya nampak wajah saya ketika menilik sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” katanya.Tidak lama kemudian, Isma Fahmi berkata, dua pelajar senior terbabit memanggil tiga lagi rakan mereka dan bertanya soalan sama sebelum terus memukulnya.“Saya disuruh buka baju dan mengelap lantai dan kemudian disuruh pakai semula baju. Mereka juga paksa saya melakukan tekan tubi sehingga saya menjadi lemah,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di sini semalam.Menurutnya, dia tidak melawan ketika dipukul. Disebabkan tidak tahan dengan deraan itu, pada satu ketika dia berpura-pura mengaku mencuri bagi mengelakkan dipukul lebih teruk.“Tidak cukup dengan itu, mereka merampas telefon bimbit, kasut, wang RM50 dan kad metrik saya sebelum dibebaskan jam 4.30 pagi,” katanya.

Katanya, dia kemudian diarah mengganti barang yang dicuri sebelum Ahad (semalam) menyebabkan dia bimbang berlaku kejadian tidak diingini lalu membuat laporan di Balai Polis Batang Berjuntai, Selangor.Ibunya, Norazizah Awang, 40, berkata ketika mengambil anak sulungnya itu, Khamis lalu, Isma Fahmi dalam keadaan lemah selain terdapat kesan cedera pada bibirnya.Norazizah berkata, anaknya kini trauma dan enggan menyambung pelajaran di universiti berkenaan kerana bimbang sesuatu lebih buruk berlaku.“Saya kesal kejadian seperti itu berlaku dan meminta pihak pentadbiran universiti mengambil tindakan wajar supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Petikan muka hadapan Harian Metro 2 Februari 2009

Monday, February 2, 2009

Hari yang best dan meletihkan!

Hari ni aku bangun pukul 9 pagi...izzy pun tido dalam bilik aku...bangun2 je abiskan keropok balance malam tadi...class pukul 2 tp pukul 12.30 baru nak start study note yang aku print out last two weeks...just in case kalu ms yati nak tanye...mmg ye pun...naseb bek ar paham sampai bole ajar org pulak...tapi anas still better than me la...haha...lapar gile coz tak makan lagi dah pegi class...mis pun satu suruh siapkan gak baru bole balik...lepas tu jumpa lan kat rotunda jalan sama2 pg class koir...die ade cakap nurul duk tayang bende 'blue' dalam phone baru die...haha..sampai hall mmg ontime...hari ni kitorag diberi tugas berkumpulan utk nyanyi lagu pilihan masing2...rase cam masuk gangstarz la pulak...kitorg pilih lagu 'Lagu Kita' nyanyian aizat y masuk ajl aritu...can't wait...ktorang kene perform lagi 2 minggu kowt...lecturer aku bekas trainer ziana zain...die cian kat ziana time ajl tu tak sampai not coz dah beranak 2 kan...pas class teros pegi fsp balik ade class computer...penat gle kan?...lecturer masuk lambat gile aku sempat makan keropok lekor pastu pegi smbahyang lagi...die still tak sampai...jam rupenye...lepas class yang membosankan tu pegi makan kat taska...cam best gak arr...baru la makan nasi for today...sambil aku tulis bende ni ade sorang mamat ni tga menangis,menangis dan teros menangis...tension aku...aku dahla penat...last2 aku tak layan ar...k ar chow...

Sunday, February 1, 2009

Aku.Muzik.Kamu


Satu Malaysia dah kenal siapa penyanyi, pengacara, dan penulis lirik terkenal Faizal Tahir...lontaran vokal yang mantap serta tampil dengan pakej yang lengkap telah menggempakkan lagi industri hiburan kita...sume orang dah tau asalnye die dari group nasyid Mirwana...ade org kate die keluar pasal sakit...tapi faizal sendiri cakap die nak keluar sebab die nak pegi jauh dalam bidang seni...kalo dengan mirwana je tak kemana la die tu...btol gak kan...dats why die masuk one in a million...walaupun tewas di tangan si perempuan cina bermata juling tu tapi dia sejuta kali ganda lagi popular dan glamor...

Album pertama die aku.muzik.kamu dilancarkan pada 22 november 2007 time aku foundation...4 daripada 14 lagu dalam album ni dapat masuk ajl...mahakarya cinta & kasih tercipta ajl22...sampai syurga & cuba ajl23...mane ade artis malaysia camni kan...lirik ade yang die tulis sendiri...lagu banyak audi mok yang dah bertunang dengan nikki tu yang wat...for dis album die dapat 2 award kat anugerah planet muzik 2008...4 main award kat anugerah industri muzik last year...terbaru 3 award kat ajl23...baru first album dah 9 award...hebat bukan!

Faizal juga adalah antara artis paling kontroversi di malaysia...dari insiden bukak baju, keje amal, kene gam, mufti perlis tak bagi perform, dikatakan nak stop menyanyi sebab kalah ajl and terbaru isu pengilat kuku...die bukan nak stop nyanyi tapi nak rehat n fokus kat famili...macam la korang tak tau die pernah 'retak menanti belah' dengan bini die...biase lar nak jadi popular kene la tempuh semua ni...gosip mahal ke murah ke yang penting bile orang bercakap pasal kite maknenye kite popular la...haha...aku minat faizal coz lagu2 die byk balada slow yang ber'pitch' tinggi...memang layan arr...semoga Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir akan teros succes dalam industri hiburan tanah air...

What a small world

Pagi ni sangat borink sekali tak tau asal...sejuk,dingin...angin sepoi-sepoi bahasa gitu...aku risau ni assignment japanese aku tak siap lagi...selasa nak anta...masalahnye die nak 100 perkataan jepun disekeliling kite...aku ni bukanye jenis minat animae ke or ape2 yang ade kaitan dengan negara mata sepet tu...si zahir tu tido lagi kat atas katil roomate aku...jangan tinggalkan 'kesan' sudah...haha...tension aku denga die gaduh ngan awek die...malam tadi first time keluar makan dengan esyad...die bawak roomate die namenye hafiz...sangat baek dan bersopan santun...cian hafiz baru first sem dah dapat setinggan dalam bilik...tak dapat nak menikmati kenikmatan hostel...nikmat ke?...haha..dan yang menjadikan dunia ni makin kecik bile salah seorang setinggan tu ex housmete aku zaff!!...n adek die abby,classmate zahir...joker,member die ex classmate esyad!!!!...haha

Suatu permulaan

Sem dua degree dimulakan dengan baik...aku kembali 'menginap' di hostel...dapat roomate baru namenye Hilman budak diploma pengajian islam...aku rase die available...haha..skang ni member2 die pun dah jadi member aku gak cam faz,bad,naz..aku terkejut berok bile tengok jadual ade class hari jumaat sampai jam 6 ptg!!!...gile ape...member aku,ili awal2 lg dah suruh aku adjust...pening kepale aku nak susun balik jadual ni...dengan lecturer demandnye...sedar2 la diri awak tu dibayar mahal...kami ni pelanggan...awak tu pemberi perkhidmatan!!!...classmates pun byk ragam...sampai week 3 barula settel...skang ari jumaat dahleh balik...say thanks to ur class rep...haha...nasib baek aku ade the best treasurer in the world...bab2 duit dah tak yah pikir...ops..terlupa mr photocopy,zul...hehe...


Seperti yang aku idamkan,bile duduk asrama dapat banyak member baru...boleh kate everydaylah...pedulilah izzy nak kate 'slut' ke apeke...haha..skang aku rapat dengan jefri,hafriz,n zahir...kerana 3 org ni je aku dah kenal ramai org...esyad,faiz norzie,hafiz,efan,syamsul,riduan,irwan..bab2 study jangan cakap la subject sem ni leh tahan ar...research tu la ini la...jefry kate kalo nak dapat gpa4.00 cam die kene banyak extra research and of coz extra money...skang ni mpp pegi indon jadi aku lepak ngan zahir jela...blog ni pun tercipta sebab laptop aku telah diformatkan oleh izy...so leh on9 dari bilik...tq so much buddy...cepatlah balik...completekan laptop aku ni...hehe

Suatu perjalanan


Dilahirkan sebagai Ahmad Shahir b Mohd Sahran pada 9 mac 1989 di Hospital Daerah Tanjong Karang, Kuala Selangor. Anak ke-5 dari 5 adik beradik, bongsu la tu kan, berketurunan Melayu sepenuhnya. Ayahku orang Sungai Besar dan ibuku berasal dari Sabak Bernam kedua-duanya orang Selangor. Masa mengandungkan aku, ibuku mengintai gerhana bulan mungkin disebab itu aku sedikit malap.Hehe.Namun ku tetap bersyukur atas segalanya.

Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Sungai Besar ketika berusia 6 tahun dan seterusnya memasuki Sekolah Kebangsaan Seri Makmur sebelum dicalonkan sebagai Pengawas Pusat Sumber semasa darjah 4 dan 5. Aku dinaikkan pangkat lagi menjadi Pengawas Sekolah ketika Darjah 6.Ibu dan ayahku juga menghantarku ke sekolah agama iaitu SRA Ehyaul Falah dan aku juga tidak melepaskan peluang untuk menonjolkan bakat kepimpinanku semasa darjah 2 dengan menjadi ketua kelas 2 hijau.

Selepas UPSR dengan keputusan yang sangat cemerlang, aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Bosan dengan 'alam semulajadi' sekolah harian aku nekad untuk menerima ape sahaja tawaran sekolah berasrama yang datang.Akhirnya bagai orang mengantuk disorongkan bantal.Pada penghujung januari 2002 aku mendapat tawaran dan terus mendaftarkan diri di SMKA Simpang Lima Sungai Besar.Baru dua minggu disana aku ditawarkan pula ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.Hatiku berbelah bagi ketika itu kerana aku sudah jatuh hati dengan kehidupan cara Islam di sana.Namun apabila memikirkan masa depan yang lebih cerah di sekolah yang bertaraf asrama penuh itu aku menurut nasihat ibuku untuk berpindah pada pertengahan April 2002.

Setelah melepasi PMR dengan keputusan yang cemerlang juga, aku ditawarkan meneruskan pendidikan di SMSKS untuk tingkatan 4 pula.Aku amat bersyukur kerana tidak tersingkir seperti rakan-rakan ku yang agak kurang baik resultnya.Aku menjawat pelbagai jawatan seperti Setiausaha rumah sukan,Bendahari Persatuan Bahasa,Kebudayaan dan Kesenian dan yang paling tinggi Jawatankuasa Pusat Sumber.Untuk dua tahun berturut-turut aku join team drama bahasa inggeris sekolah dan menang untuk daerah Kuala Selangor.SPM merupakan episod malang dalam hidupku.Tapi aku tak pernah terfikir yang aku gagal kerana aku telah berhempas-pulas bermati-matian berusaha.Mungkin bukan rezekiku kali ini.

Setelah permohonanku ditolak oleh institusi pengajian tinggi awam, aku memilih Universiti Industri Selangor kerana terpukau dengan keindahan dan keunikannya.Aku memilih TESL kerana mungkin bidang bahasa telah sebati dalam jiwaku.Di daerah kecil ini aku belajar erti susah dan senang, kawan dan lawan, antara musuh dan sahabat dan seribu satu kepayahan dalam hidup.Aku berjaya menamatkan tahun asas dengan keputusan yang melepasi kehendak universiti.Kini,aku menyambung pengajian ke peringkat ijazah pula.Aku berharap agar kejayaan akan sentiasa bersamaku.Cita-citaku untuk menjadi pendidik anak bangsa semakin hampir tercapai. . .