Monday, August 16, 2010

Report untuk Jun & Julai as MPP-Part 2

Menghadiri Kursus S.P.I.E.S MPP serta wakil Kelab & Persatuan

Saya telah menghadiri kursus anjuran HEP Unisel ini bersama ahli majlis yang lain dari 10 hingga 11 Julai 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia,Sepang.

Menguruskan MPP dan siswa/i Unisel ke Konsert Malaysian Rythm

Saya telah menguruskan seramai 37 orang siswa/i Unisel termasuk beberapa orang ahli majlis ke konsert ini. Konsert yang dianjurkan oleh Tourism Selangor ini telah diadakan pada 17 Julai 2010 di Stadium Kelana Jaya. Antara artis yang menjayakan konsert ini adalah M.Nasir, Zainal Abidin, Ella, Reshmonu, Black Mentor, Noraniza Idris dan ramai lagi. Kami bertolak dari Unisel menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur tepat pukul 6 petang dan tiba di sana sekitar pukul 7.30malam. Konsert bermula pada pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 11.45 malam. Kami bertolak pulang ke kampus pada pukul 12 malam dan selamat tiba pada pukul 1.30 pagi.

Menguruskan protokol dan persembahan sepanjang Festival Kelab & Persatuan Unisel

Festival ini adalah anjuran MPP Unisel Sesi 2010/2011 yang telah diadakan dari 19 hingga 21 Julai 2010. Saya telah bekerjasama dengan ajk protokol yang lain iaitu saudari Izreen Fara bt Azli serta beberapa sekretariat iaitu Liong Thian Siang, Nur Farihah bt Nasirudin, dan Zubairah bt Maarof dalam menguruskan protokol dan persembahan. Antara persembahan yang telah diadakan ialah tarian tradisional dan moden dari PKKU, UCCA, ICLS, Nada Bestari, ISS dan ORKID The Art Performance. Terdapat juga demonstrasi seni mempertahankan diri dari Persatuan Karate-do, Silat Seni Gayung, Taekwando dan Silat Seni Cekak. Selain itu terdapat beberapa persembahan sampingan iaitu persembahan sajak dari wakil i-Rakan dan PERMASSA, nyanyian solo dari wakil Nada Bestari serta nasyid dari Nur I See mewakili i-Rakan. Tetamu jemputan yang hadir termasuklah Prof. Madya Hj Zainal Abidin b Kidam, TNC HEP Unisel dan pegawai-pegawai HEP Unisel.