Monday, August 16, 2010

Report untuk Jun & Julai as MPP-Part 1

Menghadiri Seminar Peranan & Tanggungjawab Remaja, Belia & Masyarakat dalam Menangani Gejala Sosial

Saya telah menghadiri seminar ini bersama ahli majlis yang lain iaitu Mohd Nazrul Haizam b Marzuki, Esther b Family Sabin, Nur Adilla bt Alek Amran dan ‘Ubaidah Somadiah bt Hashim pada 12 Jun 2010 di Dewan Bunga Kertas,TTDI Shah Alam. Seminar ini adalah anjuran Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Tenaga Insan Enterprise Sdn.Bhd. Seminar telah disampaikan oleh Ustazah Datuk Rubiyah bt Kulup. Saya juga telah dipilih oleh pihak penganjur untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili seluruh peserta putera semasa sesi penutupan majlis.

Menguruskan protokol dan persembahan sepanjang Festival Usahawan Islam Unisel 2010

Festival ini adalah anjuran Event Artist MPP Management dan telah diadakan dari 28 Jun hingga 2 Julai 2010 bertempat di Tempat Letak Kereta di antara Fakulti Perniagaan dan Fakulti Pendidikan & Pengajian Bahasa. Saya telah memilih beberapa sekretariat untuk membantu iaitu Nursaadah Shawani bt Mat Dahari, Nurul Syahidah bt Abd Rahman, Nur Syakirin bt Mohamad Ariff dan Rosdiana bt Mustaring. Antara persembahan yang telah diadakan ialah nyanyian solo dari Renggo (Arrow), nasyid dari Muaz dan Kumpulan Nur I See dan UNIC, Tarian Singa (UCCA), Tarian Moden (ICLS), dan Tarian Tradisional (ORKID The Art Performance). Selain itu tetamu yang hadir ke festival ini adalah Prof. Madya Hj Zainal Abidin b Kidam, TNC HEP Unisel dan pegawai-pegawai HEP Unisel.

Menghadiri program siaran langsung Suara Siswa

Saya dan kesemua ahli majlis yang lain telah menghadiri program ini pada 6 Julai 2010 bertempat di Angkasapuri, RTM. Rancangan bual bicara ini telah dihoskan oleh Dr Fazley Yaakob dan turut dihadiri oleh barisan MPP dari USIM. Topik perbincangan pada malam tersebut ialah Ke Arah Mengarusperdanakan Pendidikan Teknik & Vokasional. Salah seorang ahli majlis turut menjadi panel iaitu saudari Noor Faiziatul Nazwa bt Mohd Jamil.