Saturday, June 12, 2010

My first speech as MPP

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Yg Berbahagia Puan Seri Rajmin bt Rashid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan,kakitangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan,Puan Nurhashimah bt Mahmud,En Mohd Suhail b Mohd Razif,Cik Wan Nurulhanna bt Mohd Nor,En Mohd Shahrizal b Shaharuddin, semua fasilitator yang terlibat serta wakil dari Unisel,UiTM,KUIS,TCI,Persatuan Penduduk Paya Jaras serta Kumpulan Talqan.

Saya Ahmad Shahir b Mohd Sahran merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Industri Selangor Sesi 2010/2011 mewakili semua peserta putera ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pusat Tenaga Insan kerana menganjurkan program seumpama ini iaitu Program Motivasi,Peranan & Tanggungjawab Remaja /Belia/Masyarakat dalam Menangani Gejala Sosial.

Daripada program ini kami mendapati gejala sosial sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri, yang tidak sedar segala apa yang ada pada diri kita, hanyalah pinjaman Allah S.W.T. Oleh itu, semua pihak termasuklah remaja,belia, tak kira tua atau muda, seluruh warga masyarakat,marilah kita bersama-sama membanteras gejala sosial yang kian parah di masa ini.

Kepada pihak penganjur, teruskanlah usaha murni anda dengan mengadakan banyak lagi program-program sebegini demi melahirkan generasi bangsa Malaysia yang hebat pada masa akan datang. Hal ini selaras dengan konsep pembangunan modal insan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu kita perlulah seimbang dari segi Spiritual,Physical,Intelectual,Emotional & Social.

Dan kepada semua peserta, dapatlah kita bersama-sama mengambil segala nilai-nilai positif dalam program ini dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kepada wakil-wakil pelajar yang hadir dapatlah kita pulang ke kampus dengan membawa idea-idea yang bernas yang boleh diaplikasikan melalui program-program yang relevan dalam membendung gejala sosial di kampus masing-masing.

Sekian dari saya. Salam perkenalan. Salam perpaduan. Salam 1 Malaysia. Assalamualaikum.

~die punye video akan di upload kemudian...huhu....