Wednesday, June 9, 2010

Malam Jalinan Ukhwah 2010

iz,dimot,im,jef,alif,me,lim,erika n baida

Pada 18 Mei 2010 yang lalu, MPP Unisel Sesi 2010/2011 telah mengadakan majlis yang pertama anjuran kami iaitu Malam Jalinan Ukhwah 2010 bertempat di Pusat Pelajar, Unisel. Untuk pengetahuan, tujuan majlis pada malam ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama barisan MPP UNISEL Sesi 2010/2011 dan juga barisan mantan MPP UNISEL Sesi 2009/2010. Selain itu majlis ini juga ingin menghargai semua pihak yang terlibat dalam kempen pilihanraya Fakulti Perniagaan untuk saudara Azim b Md Kassim pada 24 Mac 2010 yang lalu. Sekadar informasi, pilihanraya ini menyaksikan kemenangan saudara Azim dengan 396 undi manakala lawannya saudari Syazwani bt Ngatemin 168 undi.

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh saudara pengerusi majlis Ahmad Shahir bin Mohd Sahran diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Hisham b Ahmad Taib. Seterusnya saudari Noor Faiziatul Nazwa binti Mohd Jamil menyampaikan ucapan selaku pengarah program majlis ini. Acara diteruskan dengan ucapan dari Yang Dipertua MPP Unisel 2010/2011 saudara Azim b Md Kassim diikuti ucapan dari saudari Che Nurulhayatul Saqdiah bt Che Roslan mewakili seluruh mantan MPP Unisel 2009/2010.

Hadirin seterusnya dijemput untuk menikmati jamuan makan malam yang disediakan. Sambil menikmati jamuan, hadirin di sajikan dengan santapan ilmiah dari pemidato terkenal saudara Hasmi Hashim yang menyampaikan pidato beliau dengan begitu bersemangat sekali. Selepas itu saudara Syazni Munir selaku presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan saudara Hilman bin Idham presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI) telah menyampaikan sepatah dua kata. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada semua tetamu yang hadir serta sesi bergambar. Semoga majlis yang berkonsepkan makan malam santai dengan bertemakan pakaian tradisional ini telah mencapai objektifnya. Ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang telah hadir memeriahkan majlis ini. Sekian.

~sebenarnya article nie akan keluar kat website mpp...tp website still under construction....so ekslusif keluar kt blog nie dulu....huhu....