Saturday, July 11, 2009

Pidato Kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim





Afternoon, hari khamis 9 Julai 2009 lepas anwar ibrahim datang bagi speech kat dewan utama unisel...aku dgan geng2 aku dtg pukul 8.30 tue pun dah penuh smpai belakang dah...huhu...masuk2 je ramai orang sambut...cam popular je rasenye...huhu...aku nampak lah member baek aku nisa kat ats stage jadi mc dgan partner die adi...aku tengok biase je...dah aku buzy kan...kene la die cari ganti...so far dapat aku wat kesimpulan kalo kite pegi dga ucapan anwar banyak kali confirm kite masuk pkr..ops...seruis...die mmg pandai berhujah...oleh sebab die dtg berceramah di universiti malaysia pertama yang jemput die berucap, die pun selitkan banyak nasihat untuk kitorang sume...

Antaranya, sebagai mahasiswa perlulah bersungguh-sungguh menuntut ilmu berdasarkan kecintaan dan lazatnya ilmu itu dan bukannya sekadar mengejar sijil, pangkat dan kedudukan. Selain itu beliau berkata, dunia kemahasiswaan adalah rakyat terbanyak yang berkuasa untuk menentang kezaliman dan rasuah bermula dengan membaca. Beliau memetik kata2 Edmun Burgh "kalau kita tak berusaha menentang kejahatan, maka kejahatan pasti menang" Selain itu beliau berpesan kepada yang bukan Islam supaya melihat Islam tidak secara sempit kerana Islam memperjuangkan kebebasan bersuara dan beragama.

Beliau menyentuh isu PPSMI yang telah dibatalkan setelah menghabiskan RM4.5 bilion duit rakyat...die kate "hotak kau"...haha...n then beliau menyeru mahasiswa supaya memanfaatkan perpustakaan serta berpesan supaya menjadi orang kaye yang tidak zalim dan menindas serta mengaut keuntungan atas kesengsaraan orang laen. Beliau turut menambah supaya jangan menilai orang dari segi pangkat dan kekayaan. Beliau turut berjenaka dengan mengatakan Malaysia skarang bukan mengamalkan "rule of law" tetapi "rule of jungle". Beliau turut menceritakan ketika Nurul Izzah menerima diskaun yuran kerana kecemerlangannya, beliau tidak menerima tetapi tetap bertegas untuk membayar juga...

Cermah pada malam itu diteruskan dengan sesi soal jawab...macam2 la soalan diorang tanye tapi yang overnye ade student pegi cdgkan anwar jadi cancelor...over kan???....soalan mengenai mengapa negara barat yang berkuasa besar menerima seorang banduan untuk berucap juga kedengaran agak kasar bunyinya serta telah membuatkan air muka bekas timbalan perdana menteri itu berubah...abes ja event sume orang bersesak2 nak salam dengan beliau...aku tak dapat pon...gamba die pon susah nak amek...nisa datang berjumpa aku dan meluahkan perasaan gembiranya kerana anwar ibrahim cakap "you did a good job" kat die....aku mmg bersetuju utk itu...pengaruh anwar sangat besar sehingga berjaya menarik penduduk batang berjuntai turut sama memenuh dan menyesakkan dewan pada malam itu...sekian...

3 comments:

  1. we cannot judge people based on appereance,publisiti murahan....kiter kene kenali orang baru boleh cakap kan....pendapat aku anuar is good presenter......aku kagum ngan dia.....rugi aku tak datang ari tu.........

    ReplyDelete
  2. shahir...!!!
    uuwhh.. ade gambar kite berdua ek.. comeyll!!
    u ketua yg sekepala dgn i..
    ee.. sayang la u ~!!

    ReplyDelete

Kindly please leave your comment