Sunday, February 1, 2009

Suatu perjalanan


Dilahirkan sebagai Ahmad Shahir b Mohd Sahran pada 9 mac 1989 di Hospital Daerah Tanjong Karang, Kuala Selangor. Anak ke-5 dari 5 adik beradik, bongsu la tu kan, berketurunan Melayu sepenuhnya. Ayahku orang Sungai Besar dan ibuku berasal dari Sabak Bernam kedua-duanya orang Selangor. Masa mengandungkan aku, ibuku mengintai gerhana bulan mungkin disebab itu aku sedikit malap.Hehe.Namun ku tetap bersyukur atas segalanya.

Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Sungai Besar ketika berusia 6 tahun dan seterusnya memasuki Sekolah Kebangsaan Seri Makmur sebelum dicalonkan sebagai Pengawas Pusat Sumber semasa darjah 4 dan 5. Aku dinaikkan pangkat lagi menjadi Pengawas Sekolah ketika Darjah 6.Ibu dan ayahku juga menghantarku ke sekolah agama iaitu SRA Ehyaul Falah dan aku juga tidak melepaskan peluang untuk menonjolkan bakat kepimpinanku semasa darjah 2 dengan menjadi ketua kelas 2 hijau.

Selepas UPSR dengan keputusan yang sangat cemerlang, aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Bosan dengan 'alam semulajadi' sekolah harian aku nekad untuk menerima ape sahaja tawaran sekolah berasrama yang datang.Akhirnya bagai orang mengantuk disorongkan bantal.Pada penghujung januari 2002 aku mendapat tawaran dan terus mendaftarkan diri di SMKA Simpang Lima Sungai Besar.Baru dua minggu disana aku ditawarkan pula ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.Hatiku berbelah bagi ketika itu kerana aku sudah jatuh hati dengan kehidupan cara Islam di sana.Namun apabila memikirkan masa depan yang lebih cerah di sekolah yang bertaraf asrama penuh itu aku menurut nasihat ibuku untuk berpindah pada pertengahan April 2002.

Setelah melepasi PMR dengan keputusan yang cemerlang juga, aku ditawarkan meneruskan pendidikan di SMSKS untuk tingkatan 4 pula.Aku amat bersyukur kerana tidak tersingkir seperti rakan-rakan ku yang agak kurang baik resultnya.Aku menjawat pelbagai jawatan seperti Setiausaha rumah sukan,Bendahari Persatuan Bahasa,Kebudayaan dan Kesenian dan yang paling tinggi Jawatankuasa Pusat Sumber.Untuk dua tahun berturut-turut aku join team drama bahasa inggeris sekolah dan menang untuk daerah Kuala Selangor.SPM merupakan episod malang dalam hidupku.Tapi aku tak pernah terfikir yang aku gagal kerana aku telah berhempas-pulas bermati-matian berusaha.Mungkin bukan rezekiku kali ini.

Setelah permohonanku ditolak oleh institusi pengajian tinggi awam, aku memilih Universiti Industri Selangor kerana terpukau dengan keindahan dan keunikannya.Aku memilih TESL kerana mungkin bidang bahasa telah sebati dalam jiwaku.Di daerah kecil ini aku belajar erti susah dan senang, kawan dan lawan, antara musuh dan sahabat dan seribu satu kepayahan dalam hidup.Aku berjaya menamatkan tahun asas dengan keputusan yang melepasi kehendak universiti.Kini,aku menyambung pengajian ke peringkat ijazah pula.Aku berharap agar kejayaan akan sentiasa bersamaku.Cita-citaku untuk menjadi pendidik anak bangsa semakin hampir tercapai. . .

No comments:

Post a Comment

Kindly please leave your comment