Sunday, August 2, 2009

Hargailah....selagi mereka bernyawa...

Hatiku tersentuh tatkala memakaikan tali leher abah untuk ke majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009...terbalas jua hasil usaha gigih dan taat setia abah kepada kerja dan majikannya...buat kali keduanya abah menerima anugerah tersebut tetapi kali ini berbeza kerana ia turut memberi saguhati sebanyak Rm1000...tersentak jiwaku tatkala abah menunjukkan slip gajinya kepadaku minggu lalu...selama nie aku begitu buruk sangka pada abah kerana langsung tidak memberikan satu sen pun kepadaku sejak aku menerima pinjaman ptptn...bukan melepaskan tanggungjawab tetapi abah betol2 sudah tidak mampu lagi...walaupon jika dilihat pada slip gaji abah sepatutnya sudah stabil kerana dua tahun sahja lagi abah akan bersara...tetapi dek kerana potongan yang terlalu banyak wang gaji itu menjadi sedikit...dan yang mengharukan potongan utama ialah bayaran bank untuk pinjaman yang telah abah lakukan untuk melunaskan bayaran pengajian tahun asas ku...tidak termasuk potongan ansuran kereta dan macam2 lagi...abangku di MSU juga memerlukan wang belanja...aku sedar asal2 usul kami memang orang susah...tapi tak pernah la sampai kami tak makan...lihat sahaja saiz badan kami adik-beradik...sumenye sihat2 belaka...haha...langsung tiada ciri2 tak cukup makan...abah dan mak sentiasa memakbulkan ape sahja permintaan kami adek beradik terutamanya bab2 makan...kadang2 aku cuma bercerita sahaja...tak lama lepas tue mesti dapat...akak ku sudah mengandung anak kedua macam2 yang diidamkan untuk dimakan...mak mesti tunaikan...sepanjang aku bercuti 10 hari nie aku rase macam anak raja...masih tak luput dalam ingatan aku saat aku melangkahkan kaki di unisel...dan 10 hari selepas aku mendaftarkan diri majlis perkahwinan satu2 akak aku berlangsung...pelbagai tohmahan yang dilemparkan termasuklah dari mana keluarga yang semiskin kami mendapat duit yang begitu banyak untuk aku masuk unisel yang pada mata orang kampung antara universiti termahal di malaysia dan pada masa yang sama mana pulak dapat duit untuk kenduri kahwin...orang2 yang bawak mulut tue aku doakan ko berubah k..takde untungnye mengate orang...mane dapat duit?pinjam bank la...tak kan itu pon tak tau..ingatkan pandai sangat!! bodo jugak rupenye...abah tak pernah memaksa anak2 menolongnya di sawah...malah kerja2 membaiki rumah pun abah tak pernah nak libatkan aku...ntah kenapa...kadang2 aku rasa macam tak berguna untuk abah...cuma abah selalu berpesan 'pelaburan' yang telah dilakukan untuk aku sangat banyak...dan tugas aku adalah untuk membalas jasa2 dan segala penat lelah mak abah dengan kejayaan...mak sering berpesan supaya aku dapat 4.00 dalam exam manakala abah pula berpesan supaya dapat sekurang-kurangnya 3.00 ke atas untuk berada di zon selesa...ini menunjukkan betapa concern nye mereka terhadap aku...aku ade jugak dengar ade kawan2 diluar sane yang mane ibu bapa melimpahkan segala kemewahan tetapi langsung tidak mengambil tahu soal2 laen..dan dalam hal ini aku rase amat bertuah sekali...aku berjanji tidak akan menghampakan mereka...sebagai anak kita wajib taat kepada ibu bapa...jangan sekali2 buruk sangka terhadap mereka...ingat...hargailah ibu bapa....selagi mereka bernyawa....

4 comments:

  1. sedihnye aku bace entri nie
    tapi itu la kenyataan..
    since aku dapat mara aku minta duit lagi kat ma ayah aku. but mmg aku jenis x suke mintak kat mereka..eh by the way ayah aku pon dapat anugerah khidmat bemerlang..tahniah buat ayah ko shahir..

    ReplyDelete
  2. salam tautan blog...

    Sememangnya apa yang telah di"laburkan" kedua ibu bapa kita tidak dapat kita balas dengan wang ringgit atau apa sahaja..Cukup sekadar menurut kehendak dan tuntutan mereka...Cubalah sedaya upaya dalam menuruti kehendak mereka...Kerana dengan cara itu sahaja dapat kita membahagiakan mereka disamping melunaskan "hutang" yang telah kita lakukan...

    Berkaitan tomahan serta syakwasangka buruk masyarakat terhadap kita biarlah kita tepis dengan kejayaan yang bakalan tiba..Dengan cara itu akan tertutuplah lubang fitnah..Biar dilaknat manusia dan jangan sesekali mendapat laknat ALLAH...

    ReplyDelete
  3. I've no dad anymore. How I miss him so much. Dah la rapat dengan ayah.

    So sekang ni tumpang kasih-sayang father-in-law je la. Dan mak juga. Sayang parents-in-law, akak + adik² walo pun baru kenal selama 6 tahun ni.

    ReplyDelete
  4. Shahir...
    trsentuh kot aku bc...
    ku respek r korg 1 family!

    ReplyDelete

Kindly please leave your comment