Wednesday, April 28, 2010

Betapa Agungnya Kalimah Allah

Salam...malam tadi selepas habes last class with major...aku straight pegi temankan YDP aku kat satu majlis nie...iaitu Siri Pidato Lorong Tengah GPTD...tajuk pada malam tadi amat menarik iaitu isu Kalimah Allah...penceramah yang diundang cukup hebat dan berjaya menghuraikan isi2 beliau dengan baik sekali...beliau bernama Dr.Farid Shahran...bertempat di LT FELS.

Mengapa God tak boleh di definisikan sebagai Allah??

1. Orang yang akan mentafsirkan siapa Allah itu dalah Kristian. Jadi explanation berdasarkan POV mereka. Hal ini akan mengelirukan bukan sahaja Islam malahan Kristian.

2. Merugikan umat Islam kerana nama tuhan yang Maha Agung ini tidak boleh sama sekali dikongsi dengan agama lain.

3. Ianya salah dari segi bahasa, dakwah dan akidah.

4. Kalimah Allah adalah istilah 'fundamental' atau ekslusif utk penggunaan umat Islam sahaja.

Sebagai kesimpulan:

1. Umat Islam tidak boleh terlalu terbuka dalam hal2 sensitif sebegini.

2. Jika ingin lebih jelas kenyataan Allah utk:
-prinsip keesaanNya (Surah Al-Ikhlas)
-prinsip hubungan antara agama (Surah Al-Kafirun)

3. Walaupown kita terbuka terhadap agama lain jangan sampai mengorbankan kesucian agama kita.

Isu hangat sekarang:

-Terdapat akta dan enakmen dalam undang2 kerajaan yang telah memperuntukkan bahawa ada 4 perkataan y hanya ekslusif utk umat Islam sahaja termasuklah Allah.

-Keputusan kes mahkamah memutuskan istilah God boleh didefinisikan sebagi Allah.

-Walaupown sudah termaktub dalam undang2 tetapi kuasa perundangan tertinggi tetap terletak pada mahkamah.

-Peguam telah membawa kes ini ke mahkamah rayuan dan andainya gagal juga ,ke persekutuan pula.

*Sebagai umat Islam yang sayangkan kesucian agama kita marilah kita berdoa supaya kita menang dalam kes rayuan ini. Amin.

Thanx atas kesudian menjemput kami. Hope lepas nie GPTD dapat jemput kami lagi ok. Daa...