Wednesday, August 3, 2011

GEMPAR: Datuk Rosti letak jawatan berkuat kuasa 24 jam???


SHAH ALAM- Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono (gambar) semalam mengesahkan akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Rosti yang dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 itu membuat pengesahan tersebut menerusi satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media di sini semalam.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihaknya percaya tindakan itu diambil bagi membantah keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengarahkan beliau melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel yang disyaki salah urus tadbir universiti milik kerajaan negeri tersebut.
Menurut sumber itu, cadangan untuk melucut jawatan ketiga-tiga individu terbabit dikemukakan oleh empat pegawai tertinggi Unisel yang lain kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri menerusi satu memorandum pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun pelucutan jawatan itu dikatakan tidak mengikut tata cara perundangan Unisel kerana mereka yang terlibat tidak pernah diberi surat tunjuk sebab serta berpeluang membela diri atas tuduhan tersebut.
Lebih malang lagi, Rosti turut dicadangkan supaya melepaskan jawatan dan diganti serta-merta seperti yang terkandung dalam memorandum yang sama.

Sumber artikel: Kosmo Online 3 Ogos 2011
Sumber gambar: Bernama
Komen SS:

Kalau betul la info ini maksudnya datuk sangat gentlemen la...

org dah hantar memorandum suruh die letak jawatan...
die dengan senang hati je lepaskan...

FYI datuk rosti sangat profesional tak pernah mencampur-adukkan hal universiti dan politik
P/S: bukan senang nak bebaskan unisel tu dari pengaruh politik luar...

renung-renungkan...